Moh la bangkit Sri Pahang

Moh la bangkit Sri Pahang

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh menuntut anak buahnya segera bangkit bagi mencatat kemenangan.

Katanya, berdepan Selangor FC di Stadium Darul Makmur Rabu ini, skuad kendaliannya itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Tiada yang mustahil untuk Sri Pahang bangkit jika tempo permainan dan kerjasama dalam kalangan pemain dipertingkatkan.

“Biarpun tiada penyingkiran dalam saingan Liga Super susulan 18 pasukan akan beraksi musim depan, pemain tidak boleh beraksi sambil lewa.

“Sebaliknya, mereka perlu mempertingkatkan prestasi untuk meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik sebaik saingan liga tamat,” katanya.

Selepas 11 perlawanan, Sri Pahang kini di kedudukan kedua tercorot liga dengan hanya lapan mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN