KUANTAN: Warga Kuantan kini boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga pada sebelah malam di Taman Bandar.
Ini berikutan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengambil inisiatif menaik taraf kawasan Taman Bandar dengan menerangi kawasan itu dengan cahaya lampu.
Justeru, warga Kuantan yang tidak sempat untuk beriadah pada sebelah pagi atau petang boleh berbuat demikian pada sebelah malam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN