Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar ihsan FB Wan Rosdy Bin Wan Ismail
KUANTAN: Rakyat Pahang yang mempunyai idea dan saranan untuk Belanjawan 2022 boleh memberi maklum balas mengenai perkara itu ruangan komen di laman Facebook (FB) rasmi YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Menerusi satu hantaran di laman FB terbabit, Wan Rosdy berkata, beliau bersama pasukan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Pahang ketika ini sedang mengadakan perbincangan mengenai draf Belanjawan 2022 Pahang.
“Belanjawan tahunan sememangnya perkara yang dinantikan semua, baik jabatan kerajaan, pihak swasta, pelabur dan rakyat secara keseluruhan.
“Saya juga ambil berat ‘feedback’ (maklum balas) daripada orang ramai. Kalau ada yang nak cadang atau usul, boleh tulis di ruangan komen. Saya dan ‘team’ (Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Pahang) akan perhalusi.
“Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik untuk sekalian rakyat dan negeri ini,” katanya.