Moh rodong semua meriahkan pertandingan ni

Moh rodong semua meriahkan pertandingan ni

KUANTAN: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang mengadakan pertandingan mencipta logo, tema dan nama karnival agro makanan Keluarga Malaysia negeri Pahang 2022.

Pertandingan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Pahang itu terbuka kepada belia di negeri ini yang berusia antara 18 hingga 30 tahun sahaja.

Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, Muhd Rizal Baharom, berkata itu julung kali diadakan dan tarikh pendaftaran bermula hari ini hingga15 September.

Katanya, pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 dan percutian di Cameron Highlands kepada pemenang.

“Mereka yang berminat perlu mengimbas kod QR yang tertera di poster atau taip https://forms.gle/pXeeKQGTjJ4LRwVu5 untuk pendaftaran.

“Peserta juga boleh menghubungi pihak urusetia melalui WhatsApp pada talian 019-9649730,” katanya, di sini hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD