Moh semarakkan semangat kemerdekaan 

Moh semarakkan semangat kemerdekaan 

PEKAN: Kira-kira 40 kenderaan memeriahkan pelancaran Konvoi Program Kembara Jalur Gemilang 2022 daerah itu di  Dataran Pekan, di sini, pada 15 Ogos lalu.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Program itu adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pekan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Pekan serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pekan.

Lebih 100 Jalur Gemilang turut diedarkan kepada orang ramai untuk bersama-sama menggalakkan usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

“Ayuh kita semarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibar Jalur Gemilang bersempena Hari Kebangsaan ke-65 yang bakal kita sambut tidak lama lagi,” kata Mohammad Fakhruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN