PENYOKONG Pahang Rangers FC diharap dapat datang beramai-ramai memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah yang akan turun pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Futsal Malaysia di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Sabtu ini.
Skuad bimbingan Gerard Casas itu akan melayani kunjungan Penang Futsal, yang menumpaskan mereka, 2-3, pada separuh akhir pertama di tempat lawan.
Bagi Casas, kehadiran penyokong setia Pahang Rangers FC akan dapat menambahkan lagi semangat barisan pemain untuk bangkit mencatatkan kemenangan.
“Saya berharap kebangkitan dapat dilakar pemain dalam memastikan misi melangkah ke perlawanan akhir menjadi kenyataan musim ini,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD