Moh weh cari kerja

Moh weh cari kerja

KUANTAN. Lebih lima ribu peluang pekerjaan ditawarkan di karnival MyFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di Dewan Komuniti Paya Besar, Kampung Pandan, Sabtu ini.

Karnival itu akan disertai 28 agensi kerajaan dan swasta serta bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Sahar Abdullah, pada kira-kira 9 pagi.

Orang ramai terutama penduduk Kuantan berpeluang  mendapat maklumat terus daripada bakal majikan berkaitan kerjaya yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang mereka miliki.

Mohd Sahar berkata, calon yang berminat untuk menghadiri program itu boleh mengisi link pendaftaran seperti berikut http:/bit.ly/KerjayaUPPayaBesar 

“Selain itu, beberapa aktiviti lain turut disediakan percuma seperti klinik resume, perkhidmatan majikan dan kaunseling kerjaya di samping kaunter serta taklimat daripada pelbagai agensi,” katanya. – AJI YOP