KUANTAN: Dataran Paya Besar dan Laman 84 di Taman Tas, di sini, dipercayai mampu membantu penduduk kawasan Paya Besar menjana pendapatan.
Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berkata, beliau berharap warga Paya Besar diharap dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan itu.
“Alhamdulillah, dengan adanya dataran ini, pelbagai aktiviti dapat diadakan dan ia sangat memberikan manfaat kepada rakyat.
“Seperti pada malam ini (malam tadi) terdapat aktiviti perniagaan jualan but kereta yang disertai ramai peniaga,” katanya pada majlis perasmian Dataran Paya Besar dan Laman 84 yang disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Kamaruzzaman Johari. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN