MSP, PMS jalin kerjasama pembangunan sukan

MSP, PMS jalin kerjasama pembangunan sukan

MAJLIS Sukan Pahang dan Politeknik Muadzam Shah menandatangani Sijil Kerjasama (CoC) dalam usaha mempertingkatkan pembangunan sukan di Pahang.

Pada majlis itu, MSP diwakili pengarahnya, Zamri Hassan manakala Pengarah PMS, Hassan Ismail mewakili PMS yang diadakan di Invy Inn, PMS, semalam.

Hadir menyaksikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Mohd Johari Hussain yang juga Pengerusi MSP.

Menerusi perjanjian itu, kerjasama antara MSP dan PMS  dalam pembangunan program sukan di Pahang dapat memberi lebih ruang kepada pelajar dan atlet untuk terus memburu kejayaan dalam sukan di samping berjaya dalam akademik. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN