ATLET jarak jauh Pahang, Muhammad Ikabolasen Kamal Hussain, 20 muncul penerima terbanyak insentif kejayaan selepas meraih tiga pingat emas pada SUKMA XX MSN 2022, yang berakhir semalam.
Atlet kelahiran Raub itu cemerlang menerusi acara 10,000 meter (m) 3,000m
berhalangan dan 5,000m.
Muhammad Ikabolasen berkata, dia bersyukur dengan kejayaan itu yang dianggap luar jangkaan.
“Kejayaan pada SUKMA terakhir saya kali ini adalah pencapaian bersama hasil sokongan dan bantuan semua pihak yang menjadi pembakar semangat saya,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD