KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz di sini, petang ini, untuk menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perdana Menteri yang tiba di pintu masuk istana pada jam 4.40 petang, bertolak ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi.
Memetik laporan portal Berita Harian Online, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, adalah antara yang dilihat berada dalam konvoi mengekori Perdana Menteri ketika memasuki istana.
Laporan itu memetik, kumpulan media dan anggota polis mula berkumpul di pintu masuk utama Istana Abdul Aziz sejak jam 3 petang tadi.
Bagaimanapun setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara, masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan berkenaan meski pun pelbagai spekulasi mula kedengaran sejak semalam.
sila ke https://fikrahpahang.com.my/2020/10/23/muhyiddin-menghadap-yang-di-pertuan-agong-di-kuantan/ untuk perkembangan terkini.