Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninggalkan perkarangan Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Memetik laporan Berita Harian Online, sesi menghadap Seri Paduka berlangsung kira-kira 40 minit.
Beliau yang tiba jam 12.23 tengah hari, dijadual mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pagi tadi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dato’ Sri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.