Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar
TEMERLOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu ‘gentlemen’ mengabsahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tanpa perlu berdrama.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato’ Nor Azmi Mat Ludin berkata, tindakan Muhyiddin cuba ‘membutakan’ ahli Parlimen dengan pelbagai tawaran semalam hanya untuk menyelamatkan diri sendiri.
“Saya tertarik dan sangat bersetuju dengan ulasan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) berkaitan pengumuman Perdana Menteri petang semalam yang disifatkannya tidak lebih sekadar gula-gula politik orang terdesak.
“Perdana Menteri perlu ‘gantleman’ mengabsahkan kedudukannya tanpa perlu berdrama dan mencari pelbagai alasan. Panggillah segera Parlimen bersidang, berpencaklah di gelanggang yang sama dan absahkan kedudukan serta hentikan permainan yang akan mengheret semua ahli politik dari terpalit dengan tindakan terdesak ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam situasi rakyat semakin terdesak dengan cabaran kehidupan, tindakan tidak berkesudahan itu akan membuatkan rakyat semakin muak dengan ahli politik bahkan akan hilang rasa dan percaya seolah-olah dipermainkan.
Dalam pada itu, beliau berkata, barisan kepimpinan UMNO Pahang senada dengan Wan Rosdy untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) di Pahang.