MUIP agih bantuan untuk mangsa ribut di Jengka 6

MUIP agih bantuan untuk mangsa ribut di Jengka 6

MARAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan RM21,100 kepada 66 mangsa ribut di FELDA Jengka 6, di sini, kelmarin.

Pengarah Bahagian Agihan Zakat MUIP, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, kebanyakan rumah peneroka rosak bumbung, dalam kejadian 23 Mac lalu.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban mangsa. Sebelum ini, MUIP turut membantu mangsa ribut di beberapa daerah yang kediaman mereka rosak diterbangkan angin kencang,” katanya selepas menyampaikan bantuan mangsa ribut di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 6.

Hadir sama Pengurus Cawangan Daerah MUIP Jengka, Nik Ahmad Tarmizi Nik Lam. 

– MOHD IMRAN IZZADÂ