MUIP agih RM15.3 juta untuk asnaf

MUIP agih RM15.3 juta untuk asnaf

PEKAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan kewangan e-asnaf RM15.3 juta buat 58,135 penerima terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, setiap individu menerima bantuan itu secara sekali bayar (one-off).

Menurutnya, tujuan bantuan e-asnaf diperkenalkan bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan terbabit yang terkesan apabila kerajaan mengadakan PKP dalam tempuh yang panjang.

Katanya, bantuan e-asnaf dikendalikan secara dalam talian membabitkan proses permohonan dan bayaran.

“MUIP juga mengagihkan bantuan tahunan lebih RM2.2 juta kepada 7,279 penerima golongan asnaf yang terdiri daripada fakir dan miskin di negeri ini.

“Bantuan bulanan lebih RM1.2 juta turut diberikan kepada golongan berkenaan membabitkan 3,968 penerima,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD.