MUIP bantu 24 mangsa banjir di RAUB

MUIP bantu 24 mangsa banjir di RAUB

RAUB: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan keperluan asas kepada 24 ketua isi rumah (KIA) mangsa banjir di tiga kampung, di sini, semalam.

Mereka terbabit terdiri daripada penduduk Kampung Ulu Sungai, Kampung Kuala Semantan dan Kampung Batu Malim yang berpindah ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan yang diberikan bagi meringankan beban terutama apabila mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya.

“Kita menyediakan bantuan lebih RM2,941 untuk menyediakan bantuan keperluan asas seperti beras, minyak, biskut, gula dan susu.

“Saya difahamkan tiga PPS sudah ditutup sepenuhnya hari ini selepas banjir surut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan mereka yang dalam kesusahan termasuk mangsa banjir dan penduduk yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – MOHD IMRAN IZZAD.