MUIP bantu 445 penuntut UCYP 

MUIP bantu 445 penuntut UCYP 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberikan sumbangan keperluan asas kepada 445 penuntut University College of Yayasan Pahang (UCYP) yang sedang dikuarantin berikutan kerana Covid-19, di pusat pendidikan itu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, semua penuntut dan tiga pegawai tidak dibenarkan keluar asrama universiti kampus Tanjung Lumpur, di sini, sepanjang seminggu.

Katanya, antara barangan yang dibekalkan adalah biskut, roti, milo dan mi segera, ubat gigi, syampu, minyak angin dan cecair pencuci tangan (hand sanitizer).

“Bantuan itu diharap dapat meringankan beban di kalangan penuntut dan pegawai UCYP yang sedang di kuarantin,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, MUIP akan terus memantau perkembangan penuntut dan pegawai UCYP yang sedang di kuarantin dalam memastikan mereka berada dalam keadaan selesa. – MOHD IMRAN IZZAD