MUIP bantu asnaf bina perniagaan 

MUIP bantu asnaf bina perniagaan 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membantu kira-kira empat ratus golongan anaf menceburi bidang perniagaan dengan menyediakan kemudahan peralatan, latihan dan modal.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Hussain, berkata kini terdapat kira-kira dua ratus penerima berjaya dalam perniagaan dan bebas daripada kemiskinan.

Menurutnya, MUIP akan terus menyediakan membantu kepada lebih ramai lagi golongan asnaf yang berminat menjalankan perniagaan, pelbagai bentuk bantuan disediakan termasuk khidmat nasihat dan peluang pemasaran.

“Kita mengambil pendekatan dengan cara menyediakan pancing dan tidak memberi ikan dalam usaha menarik keluar golongan asnaf daripada garis kemiskinan.

“Saya dapati mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan kini mula membayar zakat perniagaan yang akan diagihkan pula kepada asnaf lain,” katanya pada Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf, di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman. – MOHD IMRAN IZZAD.