MUIP bantu bina, baik pulih sepuluh rumah di Ulu Tembeling

MUIP bantu bina, baik pulih sepuluh rumah di Ulu Tembeling

JERANTUT: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membina dan membaik pulih sepuluh rumah asnaf di Ulu Tembeling.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, lima rumah di Kampung Mat Daling akan dibaik pulih dan bina baharu.

Katanya, dua rumah di Kampung Kuala Sat perlu dibaik pulih manakala tiga lagi kediaman perlu dibina baharu.

“Permohonan bantuan berkenaan dibuat oleh pemilik kediaman terbabit dan mereka adalah golongan asnaf miskin yang hanya bekerja kampung dan mempunyai tanggungan ramai.

“Kita meluluskan semua permohonan terbabit dan berharap mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa selepas ini,” katanya, di sini hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD