MUIP bantu ibu tunggal bersama 100 kucing

MUIP bantu ibu tunggal bersama 100 kucing

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan RM2,000 kepada ibu tunggal, Siti Endon Ismail, 58 yang kini terputus pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata bantuan segera itu diharapkan dapat meringankan beban wanita itu selepas tidak dapat bekerja sebagai penghibur maskot di pantai Teluk Cempedak. 

Siti Endon Ismail
KUANTAN…Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman menyampaikan bantuan segera RM2,000 kepada Siti Endon Ismail di Kubang Buaya.

Menurutnya, ibu tunggal terbabit yang mendiami bersama 100 kucing di Kubang Buaya, sebelum ini turut menerima bantuan beberapa pihak yang prihatin selepas dia bertindak mengibarkan bendera putih dan merah.

KUANTAN..Ibu tunggal Siti Endon Ismail tinggal bersama 100 ekor kucing di Kubang Buaya.

“Dia (Siti Endon) disenaraikan sebagai golongan fakir yang layak menerima bantuan bulanan bagi menampung perbelanjaannya. 

KUANTAN…Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman melihat kucing yang tinggal bersama Siti Endon Ismail di Kubang Buaya.

“Kita akan terus membantu Siti Endon. Pendapatanya kini terputus berikutan PKP 3.0,” katanya yang meluangkan masa lebih 30 minit bertemu ibu tunggal berkenaan, kelmarin

Asmadi berkata, selain wang tunai pihaknya turut menyumbang keperluan asas lain dan seguni makanan kucing.

Sementara itu, Siti Endon berkata dia bersyukur apabila MUIP tampil menghulurkan ketika dia putus belanja kerana tidak dapat bekerja.