MUIP permudahkan laluan menara gading buat Muhammad Faiz Haikal

MUIP permudahkan laluan menara gading buat Muhammad Faiz Haikal

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: “Impian melangkah ke menara gading memburu cita-cita hampir berkubur disebabkan kesempitan hidup keluarga.

“Tapi, mimpi jadi nyata apabila ada pihak tampil menghulurkan bantuan kewangan bagi membayar yuran pengajian,” kata Muhammad Fariz Haikal Muhamad Firdaus, 18.

Menurutnya, dia tidak sangka Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tampil memberi bantuan pendidikan bagi meringankan beban keluarganya.

KUANTAN. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman (kiri) bertemu Muhammad Fariz Haikal Muhamad Firdaus dirumahnya di Sungai Isap Dua.

Katanya, selepas mendapat keputusan 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, dia teringin menyambung pelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menurutnya, sudah lama dia bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di UMT bagi mencapai impian dalam bidang kejuruteraan perkapalan. 

“Alhamdulillah atas bantuan MUIP. Buat masa inj saya akan meneruskan pengajian secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS). 

Dia berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman dirumahnya di Sungai Isap Dua, semalam.

Semantara itu, Dr Asmadi berkata, pihaknya akan memantau Muhammad Fariz Haikal dalam memastikan dia terus cemerlang dalam pelajaran.