KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukan kira-kira RM1 juta untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir di 777 pusat pemindahan semantara (PPS) di negeri ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, bantuan itu diberikan dapat meringankan beban kerajaan yang turut sama menyediakan bantuan kepada mangsa banjir.
“JKM membekalkan sembilan jenis barang keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk di PPS yang terputus hubungan. Antaranya beras, sardin, gula, biskut, ayam dalam tin dan tepung.
“Lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, selimut dan bantal turut akan disediakan,” katanya selepas melawat depor barangan JKM, di sini hari ini. Turut sama Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin.
Dr Asmadi berkata, pihaknya JKM dapat mengurus bantuan mangsa banjir bagi pihak MUIP dengan sebaik mungkin. – MOHD IMRAN IZZAD