TEMERLOH: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyerahkan peralatan perubatan bernilai RM161,800 kepada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menyumbang enam jenis peralatan rawatan berharga di antara RM800 dan RM65,000 seunit.
“Bantuan diberikan hasil bayaran zakat penduduk negeri ini. Setiap tahun MUIP mengagihkan bantuan peralatan perubatan kepada hospital daerah di Pahang,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, selepas ini pihaknya akan menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Lipis. – MOHD IMRAN IZZAD