MUIP sumbang dua kenderaan kepada UnIPSAS

MUIP sumbang dua kenderaan kepada UnIPSAS

KUANTAN: Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbangkan dua kenderaan untuk Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

Dua kenderaan berkenaan adalah van dan pacuan empat roda yang akan digunakan untuk membawa kakitangan dan mengangkut barangan ke lokasi program.

Majlis penyerahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Dato’ Ahmad Hairi Hussain kepada Naib Canselor UnIPSAS, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Ahmad Hairi berkata, sumbangan kenderaan berkenaan diharap dapat memudahkan dan memberi lebih keselesaan kepada kakitangan UnIPSAS menjalankan tugas luar. – MOHD IMRAN IZZAD.