MUIP sumbang RM50,000 buat mangsa kepala air Gunung Jerai

MUIP sumbang RM50,000 buat mangsa kepala air Gunung Jerai

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyalurkan sumbangan RM50,000 buat mangsa kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata misi bantuan kemanusian itu disampaikan kepada Pegawai

Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah.

“Walaupun sudah lebih seminggu kejadian banjir berlaku namun kesan kerosakan dan lumpur masih lagi kelihatan. 

“Kita amat simpati dengan apa yang berlaku. Selain bantuan kewangan kita turut berdoa semoga semua mangsa diberi kekuatan semangat dan keimanan menghadapi ujian Yang Maha Esa,” katanya ketika dihubungi, di sini.