MUIP sumbang RM50,000 kepada mangsa banjir di Baling

MUIP sumbang RM50,000 kepada mangsa banjir di Baling

PEKAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang RM50,000 untuk mangsa banjir di Baling, Kedah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata sumbangan berkenaan telah disampaikan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), hari ini.

Menurutnya, sumbangan terbabit diharap dapat membantu meringankan beban mangsa banjir dan kepala air di Baling yang berlaku kelmarin.

“Menjadi tanggungjawab MUIP membantu mereka yang ditimpa musibah hingga menyebabkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.

“Awal tahun ini MUIP menyumbang kira-kira RM100,000 kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan,” katanya, di sini hari ini.

Di samping itu, katanya, MUIP menyalurkan bantuan kira-kira RM1 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini tahun lalu. – MOHD IMRAN IZZAD