KUANTAN: Daerah ini muncul juara keseluruhan Anugerah Apresiasi dan Fiesta Prasekolah Peringkat Negeri Pahang 2022 yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang, di sini kelmarin.
Kuantan yang juga tuan rumah muncul deklamasi sajak, kelas prasekolah lima bintang dan dapur emas prasekolah daripada lima belas pertandingan yang diadakan membabitkan kategori individu dan berkumpulan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata pertandingan diadakan bagi mencungkil bakat di kalangan murid prasekolah.
“Anugerah Apresiasi yang disediakan bagi memberi pengiktirafan kepada kegiatan pertandingan yang diadakan selain menghargai individu yang cemerlang dalam bidang pengurusan dan kepimpinan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD