myHEaRT hulur sumbangan, ringankan beban 60 penerima

myHEaRT hulur sumbangan, ringankan beban 60 penerima

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Prihatin dengan nasib 60 orang daripada golongan memerlukan, Skuad Kemanusiaan, Kecemasan dan Penyelamat (myHEaRT), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTMKu) menghulurkan sumbangan barang keperluan kepada mereka, di sini, hari ini.

   Sumbangan sempena program `Sekampit Beras Sekilo Gula’ itu adalah antara inisiatif 113 kakitangan KKTMKu dalam membantu meringankan beban golongan memerlukan sempena Ramadan.

Sebahagian daripada 60 penerima sumbangan Program `Sekampit Beras Sekilo Gula’ di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTMKu), Kuantan.

  Pengarah KKTMKu, Mohd Hazlen Ramli berkata, sumbangan itu diharap menceriakan penerima dan  sebagai tanda keprihatinan warga kerja kolej itu.

  Katanya, sumbangan barang keperluan itu bukan sahaja beras dan gula, malah penerima turut menerima susu, gandum, bihun dan telur.

  “Seramai 60 orang yang menerima sumbangan ini membabitkan pekerja am dan pengawal keselamatan di KKTMKu serta penduduk kampung di sekitar Kuantan.

  “Selain program ini, kami turut memberikan sumbangan kepada tiga staf KKTMKu melalui Program MARA Prihatin Ramadan,” katanya ketika ditemui di KKTMKu.

   Sementara itu, seorang penerima, Rahimah Ali, 45 berterima kasih di atas keprihatinan warga kerja KKTMKu yang menghulurkan sumbangan barang keperluan.

  “Sumbangan ini dapat meringankan beban dan menunjukkan sikap prihatin mereka,” katanya.