Naik perahu daftar lewat kelahiran Orang Asli Bateq 

Naik perahu daftar lewat kelahiran Orang Asli Bateq 

JERANTUT: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang mendaftar lapan belas Orang Asli Bateq pada program Daftar Lewat Kelahiran (DLK) di Kampung Orang Asli Sungai Keniam, di sini, kelmarin.

Pengarahnya, Johari Alwi berkata, program itu bertujuan untuk membantu masyarakat berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, program berkenaan anjuran Unit Penyelidikan dan Perancangan (PP) JAKOA Pahang dengan kerjasama JAKOA Daerah Jerantut. 

“Kita berusaha melengkapkan dokumen individu seperti nama, umur dan maklumat keluarga sebelum diserahkan kepada JPN supaya mereka boleh memiliki MyKad.

“Kali ini kita melengkapkan dokumen enam ketua isi rumah (KIR) dan 12 pelajar,” katanya, dihubungi di sini.

Beliau berkata, cabaran untuk mendaftar masyarakat Orang Asli Bateq ialah suku kaum itu menetap jauh dalam hutan dan perlu menggunakan perahu untuk sampai ke kampung mereka. – MOHD IMRAN IZZAD