Nak candat sotong perlu ada lesen, ikut peraturan

Nak candat sotong perlu ada lesen, ikut peraturan

KUANTAN: Jabatan Perikanan Pahang mengingatkan nelayan supaya memohon lesen dan menggunakan kail yang dibenarkan untuk mencandat sotong. 

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, sebagai contoh aktiviti mencandat sotong dan menangkap ikan di kawasan perairan taman laut hanya dibenarkan di luar dua batu nautika dari pantai.

“Sekiranya nelayan melanggar peraturan mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM20,000 atau didakwa di mahkamah.

“Syarat yang ditetapkan oleh jabatan bertujuan bagi menjaga sumber laut supaya tidak terjejas dan menjaga kelestarian,” katanya, di sini, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD