Nak panjat apapun panjatlah, janji dah dapat 2 dos

Nak panjat apapun panjatlah, janji dah dapat 2 dos

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membuka semula Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Pahang, mulai hari ini.

Justeru, JPNP menerusi hantaran di Facebook meminta pengunjung untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 dan melengkapkan dua dos vaksinasi.

Jabatan itu menyatakan bahawa diwajibkan untuk memohon permit dan mendapatkan perkhidmatan malim bagi setiap tujuh pendaki.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata pembukaan itu diharap menggembirakan orang ramai, khususnya pendaki.

“Pastikan anda mendapat dua dos vaksinasi dan selamat mendaki,” katanya menerusi hantaran di Facebook.