Nasib Gamel di hujung tanduk

Nasib Gamel di hujung tanduk

KEPUTUSAN perlawanan Sri Pahang FC berdepan Terengganu FC (TFC), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Ahad ini, bakal menjadi penentu kedudukan Christophe Gamel.

Menurut sumber, jika Sri Pahang tewas, khidmat Gamel selaku ketua jurulatih akan berakhir susulan prestasi hambar yang dipersembahkan skuad itu.

“Boleh dikatakan bahawa jika Gamel gagal untuk memastikan kemenangan buat Sri Pahang Ahad ini, Gamel tidak lagi bersama dalam pasukan.

“Tindakan itu disebabkan prestasi tidak menentu serta kedudukan kedua tercorot Liga Super ketika ini.

“Jika Gamel mahu selamat, dia perlu perlu membentuk kembali pasukan yang mantap untuk menewaskan TFC, Ahad ini,” kata sumber itu.

Selepas 10 perlawanan, Sri Pahang menghuni kedudukan ke-11 liga daripada 12 pasukan yang bertanding selepas sekadar mengutip lapan mata.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN