Nelayan warga emas disyaki jatuh laut

Nelayan warga emas disyaki jatuh laut

Oleh Fath Ahnaf

fiktrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Nelayan warga emas dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan. 

Kehilangan, Ishak Muda, 60, hanya disedari oleh tekong selepas bot berkenaan pulang ke Jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting, di sini, pagi semalam.

KUANTAN. Ishak Muda, 60, yang disyaki terjatuh ke dalam laut ketika keluar menangkap ikan kelmarin

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud, berkata mangsa dipercayai terjatuh kira-kira 14 nautika timur Gebeng. 

“Sebaik menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub–Centre (MRSC) Kuantan, bot ronda Maritim segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bermula 4 petang semalam.

“Mangsa bersama 16 kru lain keluar ke laut pada pagi kelmarin dengan bot pukat jerut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.