KUANTAN: Kerusi Parlimen Kuantan dilihat bakal kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) berdasarkan suara warganet sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat ini.
Pencalonan Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuantan dan orang lama Kuantan dilihat mampu memberikan kemenangan kepada BN pada pilihan raya kali ini.
Bagi pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Hj Adnan Hj Harun, dia mendoakan kemenangan buat Ab Hamid.
“Semoga dipermudahkan dan mendapat kemenangan. Saya harap pada PRU kali ini, BN menjadi pilihan,” katanya.
Eida SA pula menyatakan kesediaannya untuk mengundi BN dan begitu juga pemilik akaun Facebook bernama Najib Mohd yang hendak memilih BN.
Pada PRU15, Ab Hamid akan dicabar tiga calon di Parlimen Kuantan dan kerusi Parlimen Kuantan sudah tiga penggal dipegang pembangkang sejak 2008. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN