JENGKA 27 Ogos 2023 (Fikrah Pahang) Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad hari ini mewakili YAB Menteri Besar Pahang hadir ke Majlis Penyempurnaan Sumbangan Projek Madrasah Impianku Negeri Pahang.
Beliau yang ditemui berkata, hingga kini Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyumbang RM384,000 untuk diagihkan kepada 193 institusi pondok dan maahad tahfiz seluruh Pahang. Manakala setiap pelajar tahfiz seramai 8040 menerima RM100 menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BBP) berjumlah RM800,000
Sementara itu, Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, berkata sebanyak 30 madrasah tahfiz di Pahang menerima sumbangan RM82,000 menerusi projek Madrasah Impianku.
“Kali ini, kami sumbangkan juga peralatan pencegahan kebakaran seperti alat pengesan asap dan kebocoran gas, lampu, penggera kecemasan dan lain-lain. Sumbangan ini secara tidak langsung mempertingkatkan ciri keselamatan serta risiko ancaman kebakaran di madrasah tahfiz di negeri ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan pasaraya Econsave di Jengka di sini pada Jumaat.
Program itu anjuran Pasaraya Econsave Cash And Carry dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCace) dan Persatuan Intitusi Tahfiz Al-Quran (Pinta).
Oleh Kabhi Ismail