Nikmati suasana damai iftar dilapangan golf

Nikmati suasana damai iftar dilapangan golf

Kuantan 26 Mei 2025 – Nikmati berbuka puasa di Kelab Golf Tasik Puteri (TPGCC), Rawang yang menyajikan “Selera Nostalgia” dengan pelbagai juadah tradisional tempatan dari segenap negeri ini bermula 3 Mac hingga 28 Mac ini.


“Kami sediakan bilik berhawa dingin dan laman terbuka kepada tetamu untuk merasai suasana nyaman serta damai berlatarbelakang alam semulajadi padang golf dan siulan unggas dengan harga serendah RM68 dewasa RM30 kanak-kanak bagi tempahan awal. Harga biasa RM78 dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak” kata Pengurus Besar TPGCC, Nor Affendi Mohd Razlan.


“Sentuhan dari Chef Selebriti S.Mageswaran dibantu Chef berpengalaman TPGCC Saiful Rizal sudah pasti menu seperti kambing bakar, gulai kawah, pelbagai sup serta ulam-ulaman akan menjadi pilihan. Tidak dilupakan bubur lambuk tradisional negeri Pahang juga disediakan oleh Chef Ifa selain claypot yee mee dan pelbagai variati mee kantonis serta tidak dilupakan pelbagai hidangan untuk kanak-kanak” katanya ketika ditemui selepas majlis perlancaran Selera Nostalgia.


Nor Affendi juga berkata, sempena Ramadan TPGCC menawarkan pakej istimewa kepada pemain golf dengan harga serendah RM150 untuk 18 lubang dan RM80 untuk 9 lubang pada hari biasa. Manakala RM220 untuk 18 lubang dan RM95 untuk 9 lubang pada hujung minggu. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-6034 4724 atau 017-548 0010. FIKRAH PAHANG