Nor Omar pula desak Zahid berundur

Nor Omar pula desak Zahid berundur

KUALA LUMPUR: “Biarlah orang baru yang menguruskan UMNO ni,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar.

Tegasnya, Presiden parti, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi harus memikul tanggungjawab atas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

“Saya pun tadi (ketika mesyuarat Majlis Tertingg UMNO) minta kalau Presiden (Ahmad Zahid) berjiwa besar, dia patut letak jawatanlah sepertimana dulu Dato’ Sri Najib (Razak) bila kalah, dia dipaksa letak jawatan, maka biarlah orang baru yang menguruskan UMNO ni,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Menurutnya, beliau hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid untuk mengemudi UMNO dan dengan itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

“Sebagai Presiden parti, dia menang (Parlimen Bagan Datuk) pun 300 lebih sahaja. Bila Presiden (Ahmad Zahid) dah tak percaya pada saya dan saya pun dah tak percaya pada Presiden, dengan ini saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

“Tetapi, saya masih lagi ahli Majlis Tertinggi… jadi saya akan datang dalam mesyuarat ahli Majlis Tertinggi, tetapi tidak lagi hadiri mesyuarat Biro Politik (UMNO),” katanya. – HELMY ABD RAHMAN