ATLET memanah Pahang, Nur Rafiqa Izzlyn Zaidi, 19, memasang hajat untuk membawa pulang dua pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 Kuala Lumpur, September depan.
Menurutnya, pengalaman tujuh tahun di peringkat negeri dan kebangsaan diharap menjadi kelebihan untuknya menewaskan lawan dalam acara recurve individu wanita 70 meter.
“Sebelum ini, saya pernah bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada 2018 di Kelantan dan 2019 di Pulau Pinang. Saya dapat tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa.
“Untuk memantapkan persembahan saya kini mengadakan latihan setiap hari di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), di Kuantan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD