Orang Beserah doakan kemenangan buat Tok Mus

Orang Beserah doakan kemenangan buat Tok Mus

KUANTAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah adalah antara kerusi paling menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun, keputusan kepimpinan Barisan Nasional (BN) menamakan Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid yang juga Pengerusi BN Indera Mahkota sebagai calon diyakini mampu merampas kembali kerusi itu.

Lebih-lebih lagi, sokongan yang diterima terutama daripada teman media sosial media Mustaffar Kamal yang kebanyakannya mendoakan kejayaan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota pada pilihan raya kali ini.

Bagi pemilik akaun yang menggunakan nama Man Din, dia mendoakan kemenangan dan kejayaan atas usaha dan kejujuran serta keikhlasan Mustaffar Kamal.

Zainura Abas pula berkata, Mustaffar Kamal sebagai seorang yang sentiasa mengambil berat masalah masyarakat Beserah manakala Azmi Ab Latif percaya Beserah akan kembali kepada BN pada PRU15. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN