Orang Kuantan, Pekan dan Rompin eloklah angkat kain jemuran cepat

Orang Kuantan, Pekan dan Rompin eloklah angkat kain jemuran cepat

KUANTAN: Hujan lebat berterusan dijangka terus melanda tiga daerah di negeri ini iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin, sepanjang hari ini sehingga esok.

Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin sehingga jam 2 petang ini.

Menurut laporan keadaan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tengah hari ini, tiga daerah itu berada pada amaran waspada (kuning).  

“Ribut petir juga dijangkakan berlaku sepanjang hari di beberapa kawasan perairan di Pahang sehingga Ahad.

“Angin berkelajuan 40 hingga 50 kilometer (km), manakala ketinggian ombak dijangka mencapai 2.5 hingga 3 meter,” kata MetMalaysia. 

Sehubungan itu, semua penduduk  di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah perlu. – HELMY ABD RAHMAN