PEKAN: Pengundi muda di Parlimen Pekan diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang hanya untuk meraih undi.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Dato’ Nor Azita Abdul Rahman, berkata episod hitam pembangkang memerintah negara 22 bulan diharap menjadi pengajaran berguna kepada semua pihak supaya tidak terus tersalah pilih kerajaan.
Menurutnya, sehingga April lalu, pihaknya merekodkan terdapat sekurang-kurangnya terdapat 59.2 peratus pengundi bawah 40 tahun di Parlimen Pekan yang membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Chini, Peramu Jaya dan Pulau Manis.
“Saya merayu kepada pengundi di Parlimen Pekan supaya dapat terus setia mengundi UMNO bagi memastikan kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Pengundi muda perlu ingat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja berupaya membela nasib orang Melayu,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD