PEKAN: Penduduk daerah ini, khususnya yang menetap berhampiran sungai dinasihati sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan paras air sungai.
Ini berikutan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di dua daerah iaitu Pekan dan Rompin, hari ini.
Selain itu, paras air Sungai Pahang di Paloh Hinai melepasi paras amaran manakala merekodkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan pada bacaan melepasi paras waspada.
Sehubungan itu, penduduk daerah ini turut diminta mematuhi arahan jika diarahkan berpindah oleh anggota penyelamat. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN