Padah letak bot depan rumah

Padah letak bot depan rumah

KUANTAN: Sikap pemilik yang degil dan mengambil mudah peraturan menyebabkan botnya ditunda dan disita oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di satu taman perumahan, di sini, hari ini. 

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata pihaknya sudah menasihati dan memberi notis supaya mengalihkannya tetapi pemilik itu gagal mematuhinya.

Katanya, pihaknya bertindak mengalihkan bot itu mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, untuk keselamatan orang ramai.

“Tindakan itu juga disebabkan penduduk taman itu tidak selesa dan menyebabkan halangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kegagalan pemilik bot untuk menuntut kenderaan itu akan menyebabkan jumlah denda bertambah setiap hari. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN