Pahang beralih ke Fasa 4 PPN Jumaat ini

Pahang beralih ke Fasa 4 PPN Jumaat ini

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Pahang dan Johor berkuatkuasa Jumaat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, berkata Pahang akan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 manakala Johor pula Fasa 2 ke Fasa 3.

Katanya, peralihan fasa itu dibuat mengikut garis panduan ditetapkan dan selepas mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.