Pahang Bersedia Jadi Sebahagian Pasaran Halal Dunia

KUANTAN 12 Ogos 2024 – Pahang telah bersedia untuk dijadikan hub halal daripada pasaran halal dunia dengan menawarkan pelbagai inisiatif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang menawarkan beberapa lokasi kepada syarikat yang berminat untuk melabur di Pahang antaranya Bandar Pelabuhan Kuantan Halal Hub, Gebeng Halal Hub seluas 750 ekar, Gambang Halal Hub (169 ekar) Bentong Halal Hub (36.29 ekar) dan MCKILP Halal Hub Logistik (25 ekar).

Beliau berkata selepas menyertai Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Shanghai, China bagi melihat potensi pelaburan industri halal dari China ke Malaysia khususnya di Pahang.

“Lawatan kerja dimulakan dengan mesyuarat pre-council dan kemudiannya diteruskan dengan sesi Dialog Gerbang Halal Malaysia-China bersama kira-kira 30 pelabur China yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi khas Kerajaan Negeri Pahang bersama pelabur China yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan diakhiri dengan Forum Perniagaan Halal Malaysia-China.” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri menawarkan pelbagai insentif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri halal dan opitimis pasaran industri halal mampu berkembang dengan baik di Malaysia khususnya di Pahang yang secara langsung akan meningkatkan ekonomi negeri serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

”Saya berharap agar ianya dipercepatkan dan saya sendiri mengambil alih hab halal bagi tujuan tersebut “. Kamal Ismail