Pahang catat penurunan kes harian COVID-19

Pahang catat penurunan kes harian COVID-19

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 572 kes harian COVID-19 direkodkan di Pahang, hari ini, iaitu menurun 57 kes berbanding 629 kes, semalam.

Namun, kes harian COVID-19 di negara ini masih kekal melebihi paras 20,000 kes iaitu 21,468 kes hari ini, berbanding 21,668 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.36 juta kes.

Katanya, Selangor masih lagi merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,449 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654) dan Johor (1,485).

“Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 1,316 kes, Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.