KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh sedang mencari formula untuk memastikan pemain sentiasa berada pada prestasi terbaik pada setiap perlawanan.
Formula itu lebih kepada mengekalkan pencapaian dan pada masa sama mahu pemain skuad Tok Gajah mengekalkan tahap kecergasan.
Berdasarkan jadual, Sri Pahang bermula aksi berdepan PJ City FC Selasa ini, diikuti Melaka United pada 13 Ogos dan Penang FC (18 Ogos).
Dollah berkata, tiga perlawanan berturut-turut itu menyaksikan skuad itu beraksi di tempat lawan sekali gus bakal menguji tahap persembahan skuad itu.
“Ketika ini, saya, Fandi Ahmad (penasihat teknikal) dan barisan kejurulatihan sedang meneliti cabaran yang bakal dihadapi Sri Pahang.
“Bagaimanapun, saya harap Sri Pahang dapat bermain dengan baik dan tidak keciciran mata,” kata bekas pemain kebangsaan itu.
Ketika ini, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan mengutip 14 ata selepas mengharungi 13 perlawanan.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN