KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos 2022 sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah KDYMM Sultan Pahang.
“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur
bagi tahun 2022 sahaja,” katanya, dalam kenyataan, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD