Pahang galak lanjut pengajian hingga ke menara gading

Pahang galak lanjut pengajian hingga ke menara gading

KUANTAN: Kerajaan Pahang menggalakkan lebih banyak penganjuran berkaitan pendidikan dalam usaha memastikan pelajar dan lepasan pelajar mendapatkan maklumat mengenai hala tuju sebaik mereka menamatkan persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata sebaiknya penganjuran seperti karnival pendidikan juga harus bertumpu di kampung dan sekolah.

“Kita perlu generasi yang mempunyai kualiti diri bukan sahaja ilmu pengetahuan, malah keyakinan tinggi apabila mereka menyambung pengajian sama ada di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta,” katanya.

Syed Ibrahim berkata demikian selepas selepas merasmikan Karnival Pendidikan MyUni 2022, di sini, semalam. 

Karninal itu menghimpunkan 15 IPT bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke universiti.- MUHAMMAD IZZ ZA