PAHANG HANTAR MISI KEMANUSIAAN KE JOHOR

PAHANG HANTAR MISI KEMANUSIAAN KE JOHOR

Kuantan 03 Mac 2023. Kerajaan Negeri Pahang hari ini menghulurkan sumbangan barangan keperluan berjumlah RM80,000 kepada mangsa yang terjejas banjir di Johor.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut sama membantu memunggah barangan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin ke Johor di Depoh JKM.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui berkata, sudah menjadi amalan Kerajaan Pahang membantu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir seperti yang dilakukan di Terengganu dan Selangor. “Penghantaran bermula hari ini yang diharap meringankan beban mangsa yang terkesan banjir dan tanda prihatin rakyat Pahang,” katanya.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kanan) ketika melepaskan konvoi barang bantuan sempena Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor di Depoh JKM

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Misi Bantuan Pahang Prihatin ke Johor di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM Pahang yang dihadiri Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Sallehuddin Ishak, Exco Kebajikan Masyarakat,Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Sabariah Saidan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin. -KabhiIsmail